Saturday 22 September 2012

Permasalahan media elektronik



Krrrrrrriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinnnngggggggg!!!!!!!!!!!!!!! 

Jam loceng berbunyi.... kenapa jam loceng? Jam adalah simbolik memperingatkan waktu. Kejut kita di waktu subuh utk bangun menunaikan tanggungjawab sebagai hamba. Jadi jam kali ni berbunyi untuk mengingatkan kita tentang penyakit manusia kini. 

"Agama itu nasihat menasihati." Jadi Jam ingin menasihatkan diri sendiri dan jugak mereka yang membaca note ni. 

Assalamualaikum w.b.t. 

Ada satu parti politik yang mengetengahkan cadangan untuk
memansuhkan rancangan berunsur 18sx dan 18sg di semua rangkaian televisyen di Malaysia. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kadar pengurangan jenayah seks yang kian meningkat di Malaysia hampir 50% seperti dimaklumkan oleh Menteri berkaitan. 

Memang tak dinafikan cadangan tersebut wajar dan sesuai untuk dilaksanakan. Hapuskanlah puncanya untuk kurangkan rebaknya virus-virus yang xdisukai tuh. 

Tapi jadi persoalan di sini,
tahap apakah yang dilabel sebagai rancangan 18sx dan 18sg? Cuba semua perhatikan dan teliti betul2, transition process yang berlaku di media elektronik. Kalau dulu iklan syampoo dan sabun mandi tunjuk tangan yang berbuih. Sekarang dah nampak bahu. Kalau dulu iklan deodorant perempuan, tunjuk orang lelaki bau wangi bile perempuan lalu sebelah dia. Sekarang iklan di televisyen dan tunjuk ketiak perempuan. Dulu iklan bulu kaki perempuan tunjuk ape? Tak de pun iklan tu. Sekarang ni iklan tunjuk betis perempuan siap nampak paha berkilat lagi. 

Tak payahlah siaran movie dimansuhkan kalau iklan pun dah 18sx dan 18sg (
iklan unsur ganas xterbagi contoh lah pulak). Akibatnya tetap sama. Dek kerana penerapan secara halus oleh produk harian, akhirnya kita dah dikaburi oleh pembawaan ni. Kita akhirnya terima bahawa perempuan pakai seluar ketat ok, lelaki pakai short boleh, cerita cium-cium mulut tu normallah dan sebagainya. 

Siapalah ana untuk cadangkan agar rancangan dan iklan dimansuhkan. Tapi ana boleh nasihatkan kepada kawan-kawan yang membaca agar sentiasa waspada dengan mainan dunia. Jaga-jagalah dengan rancangan yang ditonton oleh anak-anak/adik-adik kita sehari-harian. Sentiasalah mendidik diri, PENJARAKAN DIRI ANDA DI DUNIA ni sebab hanya orang-orang yang tidak beriman sahaja yang akan meletakkan diri mereka selesa dengan suasana nikmat dunia ini.

Wallahua'lam... 

InsyaAllah jam akan berbunyi lagi membawakan permasalahan alam pulak, sekiranya diberi kesempatan.

2 comments:

  1. Salam...

    Entry yg best.. Sebelum ni x terfikir lak pasal iklan2 tu.. Kiranya x yah tengok jauh2.. Tengok cara pakaian artis2 kita bila ada anugerah2 sudah.. Dah mcm x cukup kain je rasa.. Makin lama, makin teruk dressing dorang.. Sepatutnya dorg kenalah jaga akhlak & pakaian sebab ramai remaja yang akan terikut2 cara dorg.. Dah la jarang dpt tgk siaran malaysia tapi bila dpt tgk hari tu, astaghfirullahalazim... Sedih!

    ReplyDelete
  2. hapy bloging,team hijrah :)

    http://www.cinonexcoreyan.com/

    ReplyDelete