Thursday 1 December 2011

Apa erti cinta dalam Islam


"ROMANTIK, CARING, SENTIMENTAL VALUE, SEHATI SEJIWA, FANTASTIC...SEMUANYA HANYALAH PLASTIK !

Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebih kearah nilai - nilai di atas semuanya adalah retorik atau tiada pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta di atas lebih ke arah kepada rangsangan nafsu yang di salah erti kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan. Sebab hakikat percintaan yang di benarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta bersyariatkan islam. Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya...jika tidak berminat, masakan nak mengorbankan wang kepada seseorang ....romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam islam ....bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam.??

Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar benar pencinta pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating.... Malah orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis.......kerana was-was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati. Malah orang yang benar-benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih kearah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tidak ada masalah hati..itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak di sekat.

Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang sebenarnya. Kerana atas dasar apa ???...rasa rindu yang amat sangat............sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah...orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar benar berlandaskan iman.

Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris pandu corak meminang wanita....tetapi anak-anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan mencari cinta......dan mencari masalah di dalam konteks perhubungan cinta dan akhirnya terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan. Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itu lah cinta hakiki yang tidak boleh di jual beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya.

Apabila individu itu benar benar mencintai seseorang itu atas sifat-sifat di dalam diri respondennya.....ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was-was akan kebaikan, keimanannya dan keutuhan pendirian responden. Jika ia benar-benar memahami konteks iman didalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. Maka tidak ada dua, tiga atau ke empat sikap jatuh cinta di dalam satu masa.

Malah masalah samada sayang ke, samada tidak sayang ke......tidak timbul ...kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama-sama menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhwah di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga. Cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah islamiyah di dalam pemantapan jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam....bukan seperti sebahagian dari anak-anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata -kata.

Sememangnya tidak di nafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta....contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang di cintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. Inilah yang di bimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura - puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati. Ada yang jadi baik ..bercakap yang baik baik di depan orang yang di cintainya....almaklumlah yang di cintai itu seorang yang beriman....tetapi bila bercakap dengan kawan kawan lain mulalah membebel entah apa-apa kerana asas malu tiada.

Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam...jika ingin memulakan ikatan cinta itu....hendaklah berasaskan cinta yang penuh didikan iman. Perhatikan muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat percintaan yang tidak patut....sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru....mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina seperti yang terjadi di dalam kes Nur Aisyah Bukhari...semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik baik dan memutuskan apa yang di cintainya itu layak atau tidak untuk di cintai. Sungguhpun di katakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini...tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri... Ilmu yang di pelajarinya sekiranya tidak di amalkan akan menjadi perosak di dalam dirinya maka itulah yang berlaku di dalam diri Nur Aisyah.

Begitu juga dengan anak-anak muda kita, bilamana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya....jangan mudah terusik hati...perhati kan agamanya, kebaikannya......dan segalanya sejak dia belum mengenali kita..maksud sifat asalnya dan muamalat asalnya....kerana jika kita mudah membenarkan hati di lalui ...ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah ketidak fahaman konsep cinta berasaskan islam.... Biarlah di katakan diri kita ego...ego untuk kebaikan yakni menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan...benarkah begitu...sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat-sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak...bukankah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati naruni iman yang cantik?

Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik iaitu apa???..tentulah sekali dengan meminang wanita ini....sebab wanita ini bukan calang-calang imannya...tentulah terfikir di hati mereka......"Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk di kuasai,..kerana apabila di berinya cintanya pada aku...akulah orang yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang di izin dan di halalkan oleh Islam dan Allah"

Jadi kata-kata bidalan ....Berkawan biar beribu bercinta biar satu...tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut di tambah...bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam bersebabkan faktor-faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam sebab kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah.

Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut di cintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik....di situ sudah menampakkan penilaiannya.......dimana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik..dan begitu lah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga.

wallahu'alam bissawab...



Berkata Imam Nawawi:

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dlm dirimu, hilanglah cintaku padamu"

DisakitkanNya kita sekejap tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya, disusahkan sedikit agar insaf, namun segera disenangkan semula. Itulah belaianNya. Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang,namun tidak lama kerana kasihNya. Dipohon-pohon kepadaNya, untuk meminta itu dan ini,Tuhan amat melayani hambaNya, tapi si hamba tidak peduli langsung!

Friday 4 November 2011

Alasan nak tayang aurat

Assalamualaikum...

Kali ini rencahnya lain sikit dari rencah biasa..sebab ambil point dari orang, ulasan je sendirian berhad..Enjoy reading girls....

Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka..secara saintifiknya la..nak tegaskan..TUTUP AURAT bukan BALUT AURAT..kalau balut sama je dengan yang tak tutup..bezanya ada pakai pakaian je...tapi sendat..

Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." Memang tak dinafikan ada yang baik dan ada yang kurang baik..ada juga yang menggunakan medium tudung labuh untuk menipu...bukan setakat mengumpat, macam-macam dik..sebagai contoh, dlu pernah didedahkan dalam akhbar, bertudung litup dengan purdah sekali tetapi malam jadi pelacur...yang penting niat pakai tudung tu...hati biar Allah yang adili.

Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun anda sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang saya insaf dan bertaubat sekarang..macam akak jugak, dulu akak jahil tapi sekarang akak dah berubah dik, sebab tu akak cerita macam-macam sebab nak gitau yang semua orang boleh berubah...

Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri anda tanpa perlu menutup aurat? Dah cukup pahala ye?

Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak? Walaupun tak nak tengok tapi kadang-kadang terpandang juga, cemana? Rezeki tu...hehehehe

Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, anda tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut anda. Sebab pe? Sebab rambut tu aurat dan wajib ditutup. Azabnya pedih di dalam neraka walau hanya menayang sehelai rambut..Tak tahan dik....

Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

-Apakah ibadat anda diterima? Anda yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin anda masuk syurga? Ibadah tu memang dapat pahala tapi buka aurat dapat dosa..pahala+dosa=neutral malah kadang-kadang boleh jadi minus.....

  Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Anda sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda. Selangkah mereka ke neraka bila anda tak menutup aurat

Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

-Berani cakap di dunia, berani ke anda cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. Nak tunggu semuka dengan Allah, berapa lama nak kena azab dalam kubur? Tahan ke??

Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah? Besar sangatke upah bayaran yang anda dapat tu sampai boleh beli pahala untuk cover dosa tak bertudung dalam drama?? Berapa juta mata yang memandang?? Siapa yang Maha Besar? Allah atau pengarah?

Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti. Nak tunggu seru bila agaknya ye? Kalau sampai mati tak sampai-sampai seru tu macamana?

Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. Teruskan perubahan anda bila da ada niat nak berubah dan jangan main acuh tak acuh. Kenapa? Sebab kalau main-main niat boleh berubah dan lagi satu, jangan ambil kisah orang nak kata tentang perubahan kita..

Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam. 


Bertudung tapi buat maksiat

Ayu dan manisnya melihat gadis bertudung. Tapi sayang. Tak semua yang bertudung itu berperangai indah. Boleh lihat di sekeliling kita. Bertudung, tapi pakai baju lengan pendek, seluar ketat nampak alur. Pakai selendang berlilit-lilit menampakkan dada terbonjol. Mekap tebal bedak sekilo, gincu merah menyala. Kening dicukur, bulu mata palsu lentik mengalahkan unta. Pakai tudung, menyanyi melalak terkinja-kinja atas pentas. Bertepuk tampar dengan lelaki dah jadi rutin.

Pakai tudung merempit dengan pakwe, peluk rapat-rapat macam bohsia. Berjalan berpimpin tangan dengan teman lelaki mengalahkan suami isteri. Berpeluk cium, melentok manja ke bahu pasangan di taman tanpa rasa bersalah. Rakaman aksi-aksi ghairah awek bertudung pun bercambah di internet. Apa cerita semua ni?



Ada sebahagian wanita yang bertudung hanya untuk melindungi dirinya daripada disangka buruk abila bersama dengan lelaki. Tudung dijadikan penutup wajah lelaki yang bersembunyi di sebalik tudungnya. Membenarkan jantan memuaskan nafsu serakahnya serta melindungi dua tangan yang sedang meramas gunung kinabalunya. Bertudung, hanya sekadar untuk menutup lovebite. Hingga ada yang menjadikan tudung labuh sebagai pakaian untuk mengaburkan mata manusia daripada mengetahui perutnya sedang memboyot menghamilkan anak luar nikah.

Wanita bertudung seperti inilah yang mencemarkan nama baik wanita yang ikhlas bertudung kerana Allah. Cukuplah! Jangan cemarkan nama baik Islam dengan maksiat di sebalik tudung anda itu. Jangan biarkan mereka-mereka yang 'free hair' itu terus menjadikan alasan "bertudung tapi jahat" untuk menghalalkan pendirian mereka kononnya mereka lebih beriman walau tidak menutup aurat. Beriman? Huh!

Sebaik-baiknya, jangan suruh rakan anda bertudung. Tetapi, suruhla mereka menutup aurat. Sebab, bertudung belum tentu menutup aurat. Perangai juga biarlah seiring dengan penampilan. Sebab berpurdah belum tentu solehah. =)


credit to solihin

Thursday 3 November 2011

Make Up Hati

Assalamualaikum....

Memandang blog yang masih muda belia dan kosong dari posting...saya tidak mampu menulis sebaik dahulu dan tidak mempunyai ruang waktu yang cukup untuk menulis setiap hati..kekeringan idea kot..hehe..

Sekarang sudah lain..dulu berdua sekarang bertiga..dahulu tak banyak kekangan sekarang bermacam-macam yang datang menghalang..alah, bukan satu keperluan yang mendesak pun untuk menulis blog..sekadar mengisi masa lapang dan berkongsi rasa hati yang sepi...berpijak di bumi nyata bukan lagi berterbangan di atas angkasa..

Saya ingin berkongsi serba sedikit perjalanan hidup saya yang tidak seberapa ini...perjalanan hidup yang ditempuh dan bagaimana saya boleh berubah sehingga sedemikian rupa...macamana saya menyesuaikan diri dengan berpakaian seperti sekarang di kala orang lain masih terbuka sana sini..dahulu apabila memandang orang yang berjubah dan berpurdah, terdetik dalam hati saya, "haih, apa la pakai tutup semua, gelap, hitam macam hantu bungkus, tak panas ke?"...saya pandang dari kepala ke kaki dan menyoroti setiap inci pakaiannya..sekarang baru saya tahu bahawa alah bisa tegal biasa...kalau dah biasa, semua tidak menjadi masalah..alasan hanya dari kita..lebih baik panas dunia dari di didih dalam buakan neraka..nauzubillah..

With my very best friend, Nik Mahabbah Nik Din

Antara perkara yang membuatkan saya pelik di zaman kejahilan saya ialah apabila melihat orang sembahyang di tempat terbuka.."apa ni sembahyang kat tempat macam ni, sembahyang kat masjid la, bukan susah pun"...apabila kaki menjejak ke Mesir, baru saya tahu yang sembahyang bukan sahaja boleh dilakukan di masjid atau tempat tertutup semata-mata...terlihat di kala azan berkumandang, orang arab berbondong-bondong untuk ke masjid bagi yang dekat dengan masjid, malah ada yang solat di taman, di jalan tetapi yang amat saya kagum adalah mereka berjemaah bersama-sama...Allahuakbar!!! Kita tidak mampu membuat sedemikian..bukan nak kata orang lain, saya sendiri juga begitu. Kalau berhenti di masjid-masjid, saya solat sendirian, suami pula sendirian (kadang-kadang je, selalunya suami akan berjemaah bersama-sama orang lain yang berhenti solat di masjid tersebut)...seharusnya kami berjemaah...tak gitu?? Sudah satu pahala tiada...

Pertama kali berada dalam lingkungan masyarakat bandar yang moden dan berubah seiring fesyen semasa menyebabkan saya dipandang, sama seperti saya memandang mereka yang berjilbab dulu. Ada yang memandang seakan menerkam dengan biji mata terjengil..menjadi seorang muslimah dalam kalangan mereka seperti itu amat pelik dan perit..diejek dan dimaki...saya pernah dipanggil 'GHOST RIDER' sewaktu ke Giant bersama sahabat untuk membeli barang..saya juga pernah dimaki oleh seorang pakcik kerana anaknya menangis ketika saya melalui kawasan tersebut (anak dia menangis sebab nak mainan tetapi dia tak bagi, bukan sebab takutkan saya!!!)...lepas pakcik tu maki saya, isterinya datang dan menarik tangan dia mengatakan yang anak dia menangis sebab nak mainan, bukan salah saya...apa lagi, merah padam muka pakcik tu..malu kot tapi dia tak minta maaf dengan saya pun (ego lelaki kan tinggi)..

Tapi, itu dulu dan kisah silam itu menjadi pengalaman yang saya semat dalam diari kehidupan saya. Seiring dengan waktu yang semakin menginjak, hidayah tak bosan untuk menjadi teman saya..Terima kasih Ya Allah kerana hidayahMu itu...sekarang saya tidak malu lagi dengan identiti saya sebagai muslimah di tengah-tengah masyarakat..saya ingin menjadi muslimah solehah...bukan tholehah...Pandangan orang jika dari hujung mata sekalipun tidak menakutkan saya malah membuat saya bangga dengan identiti saya...saya rasa mereka akan kagum dengan identiti muslimah, bukan saya seorang malah semua yang berjilbab kerana di dalam kepanasan dunia masih ada yang mendahulukan yang wajib..membuktikan apa?membuktikan yang kami mencintai Allah lebih daripada mencintai dunia..insyaAllah..

Pada waktu mula-mula mengenakan niqab di wajah, orang memanggil saya NINJA GIRL...dek penangan cerita ayat-ayat cinta pulak, saya jadi terkenal di MSU bila orang nampak dan menjerit-jerit "Aisya"..padahal tu bukan nama saya pun...hehe..perlu diketahui apabila kita berpakaian dengan mengikut syariat Islam, kita akan malu untuk berbuat macam-macam, sekaligus akan membuat kita terjaga dari segala macam hal..Allah itu Maha Melindungi hambaNya yang mengikut landasan yang benar..benarlah..andai kita mengejar dunia, kita akan dapat dunia dan tercicir akhirat tetapi JIKA kita mengejar akhirat maka dunia pun kita akan dapat..manisnya hidup mengikut acuan Islam......

Lumrah hidup...ada dugaan dan cabaran yang menjelma..apabila kita berubah, ada yang menyokong dan ada yang mencebik bibir.."berapa lama sangat nak tahan dengan perubahan dia tu", "tak ada kawanlah lepas ni"...tapi semua tu meleset sama sekali dan mereka salute dengan saya sekarang sebab masih mampu bertahan dengan pakaian ini di waktu dunia sedang dilanda wabak fesyen barat...dengan leggingnya, rambut merahnya dan macam-macam lagi..adik ipar siap cakap macam ni "Kak Sha ni macam penjahat"..hehe..al maklumlah budak-budak ni jujur...lama-kelamaan benda ni sebati dengan saya..budak-budak kecik sekarang dah tak takut..biasalah, baru pandai cakap dah ada facebook..ada juga yang dah ada facebook seiring dengan kelahirannya..[kot-kot la password dan email keluar sekali masa mak dia bersalin.. =] )

Pakaian ini pakaian mujahidah Islam, bukan para penjahat..niqab itu tidak wajib, sesiapa yang mahu boleh memakainya..jubah juga tidak wajib..tudung labuh juga tidak wajib..jadi, apa yang wajibnya?? MENUTUP AURAT itu wajib..pakai tudung melebihi dada..baju jangan ketat, seluar jangan macam sarung nangka..TUTUP AURAT JANGAN BALUT AURAT..kalau nak balut aurat, sekarang ni dah balut dik...

Saya tidak perlu mempedulikan kata-kata orang yang hanya akan melemahkan semangat saya..saya menanam benih untuk hasilnya, bukan untuk melihat benih itu dimakan semut tanpa sempat bercambah..suami saya selalu berkata "Usah peduli kata-kata orang sebab mulut orang tidak mampu ditutup dan mereka akan berhenti sendiri bila sudah penat nanti..carilah redha Allah kerana nilaian itu lebih bermakna..tidak mengapa sayang, sabarlah"..Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah kerana memberiku seorang suami yang amat memahami..
Memasak sewaktu di Gunung Berembun, Cameron Highlands

Pot Luck Medical Science Club

Kem Kepimpinan Wanita Peringkat Kebangsaan di Port Dickson
(Jadi AJK Agama dan terpaksa kejut datin datin untuk solat subuh..siap kena marah lagi)
Kalau nak kata kalau pakai pakaian macam saya ni tak boleh nak beriadah, anda salah!! Saya mampu mendaki gunung dengan berniqab..saya mampu join event dengan berniqab..di mana alasannya?? Sekali lagi saya bukan nak suruh adik-adik pakai niqab nampak mata, saya cuma minta tutup aurat..Kita tak tahu bila Malaikat Maut nak mencabut nyawa kita, kita tak nak mati dalam su'u khatimah..nak husnul khatimah...kalau nak cara yang baik, berwatakan baiklah..yang menilai kita bukan orang dik, tak payah fikir kalau orang nak kata tak up to date, old fashioned la..kenapa?kalau ikut perkembangan fesyen tu dapat masuk syurga lah ye?Soalan tu ke yang Allah nak tanya? DIA tak akan tanya...apakah jenama terbaru bla bla bla...apakah jenis pakaian yang memenangi bla bla bla....tak ada..amalan dan pahala kita yang akan membantu kita...

Jangan kita takut berbeza dengan orang lain kerana berbeza mengikut garis panduan Islam adalah istimewa..yang diagungkan pakaian dari barat tu tak menjamin akhirat kita..kita memakai pakaian yang boleh menambah kantung pahala kita, bukan untuk menambah poket kita dengan dosa..Allah suka orang yang beribadah tetapi terlebih suka kepada orang muda yang beribadah...

footnote: macam lah saya ni baik sangat nak nasihat orang..hehe
lagi satu..jangan menjadi solehah sebab nak pikat lelaki soleh..niat kena jaga..kalau tak, sekejap je perubahan kita tu...

Wednesday 2 November 2011

Corat Coret Kisah Cinta

Assalamualaikum..

Kalam hikmat pembuka bicara, untuk meneruskan tarian tinta, bukan pen bermata bola, hanya menarikan jejari maya, di kanvas yang setia, menanti coretan saya..............saja-saja bermain kata sebelum terus melantun cerita..hehe...

Setiap hari memerhatikan facebook yang penuh dengan pelbagai cerita dan ragam manusia membuatkan saya seakan-akan ketagih untuk mencoret sesuatu..bukannya layak saya untuk mengupas sesuatu isu tetapi sekadar berkongsi kerana saya juga dari zaman kejahilan dan dek hidayah yang dilemparkan Allah ke dalam hati menyebabkan saya berubah..Alhamdulillah..

Status yang menjadi kegemaran sahabat sahabiah saya yang telah menjadi friends atau belum adalah tentang cinta. Seronok dan amat luas untuk membicarakan skop cinta. Hubungan yang dibina antara lelaki dan perempuan umpama magnet yang bakal mengheret pasangan ke lembah maksiat. Itulah hakikat utama cinta antara berbeza jantina jika tidak berlandaskan hukum Allah..isu ini sudah banyak dibincangkan di blog-blog dan di mana sahaja.

{MODE MARAH NI} >>> Sama la bila dah bertukar status dari kawan jadi couple. Semua nak ikut cakap couple. Dia tu belum halal lagi dik oi...dah macam suami isteri lagaknya...dalam facebook tu, apa posing yang tak ada..dengar sangatlah cakap couple korang tu sampai abaikan pesanan mak ayah..mak ayah nak bagi pahala tak nak, nak juga kaut dosa dan kumpul sampai membukit dari couple korang tu..tu bukan sayang tetapi beban. In a relationship la konon...tak malu betul la korang announce maksiat yang korang buat tu..mana akhlak yang mak ayah ajar wahai adik-adik??


"Ala, akak pun dulu sama jugak"...sebab akak dah lalui benda macam ni la akak nak nasihat korang dik..jangan tersesat jalan macam yang akak pernah lalui...berubahlah sebab setiap saat adalah peluang untuk kita berubah..

Saturday 22 October 2011

Perubahan

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama menyepi dari berblog, akhirnya jari-jemari ini semakin dahagakan papan kekunci..saban hari melirik papan kekunci laptop membuatkan 'gian' untuk menulis kembali bertandang walaupun diri ini tahu bahawa bahasa yang bakal dicoretkan tidaklah seindah mana dan bait-baitnya juga berterabur. Dahulu saya mempunyai sebuah blog namun sudah di'delete' terus kerana banyak perkara dalam blog tu membuatkan saya lemah dan kecewa..Saya insan biasa yang tidak mempunyai ilmu yang banyak namun saya ingin belajar supaya saya bisa mengerti aturan hidup ini yang sejak azali lagi ditetapkan oleh Allah.


Hati begitu senang terbuai dengan sesuatu yang bergelar fana dunia dan saya juga begitu. Seketika saya pernah hanyut dibuai dunia yang menjanjikan kemanisan dan saya pernah lupa siapa saya yang telah diciptakan oleh Allah. Saya alpa dengan tugas yang dititipkan oleh Allah kepada saya. Saya lalai sebagai umat Rasulullah. Namun Allah itu Maha Penyayang. Dia telah menghantar hidayah dan masuk jauh ke dalam hati saya. Alhamdulillah selepas itu, saya dikurniakan seorang suami yang soleh untuk membimbing saya dari tergelincir buat kali kedua kedalam kancah dunia fantasi di alam realiti.

Memang benar saya hanya berkahwin dengan seorang azhari, azhari yang ingin membantu saya untuk mengenal makna hidup berTuhan. Sesetengah orang mengutuk saya di FB melalui private mesej mengatakan saya berkahwin hanya dengan azhari, tetapi diuar-uar seakan berkahwin dengan perdana menteri. Betulkah begitu yang saya lakukan? Jika berkahwin dengan perdana menteri sekalipun, adakah anda yakin dia mampu memacu anda ke arah kebaikan dan mendalami agama islam? Apakah salah seorang azhari menjadi pasangan hidup seorang yang jahil seperti saya?

Baru kini saya tahu makna menjadi dan mendalami Islam walaupun masih merangkak. Baru kini saya mengerti kepentingan menjadi hambaNya yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Baru kini saya memahami erti hidup yang sebenar.

Islam ialah agama yang sangat ekslusif,
Yang mengubah cara dunia memandangku,
Yang mengubah persepsi hidupku.

Islam media massa ku,
Gaya komunikasi islami masa kini,
Tempat ku mencari ketenangan,
Perigi untuk ku timba pengetahuan.

Islam organisasiku
Islam yayasanku
Islam institusiku

Islam muktamarku,
Forum hiruk pikuk tiada tara,
Islam warungku,
Hanya menjual makanan syurgawi,
Islam supermarketku,
Melayani segala keperluan manusiawi,
Islam teaterku
Menampilkan karakter-karakter suci,
Islam festivalku,
Memeriahkan hari-hari mati.

Islam pakaianku,
Namun ku masih mencari diri,
Dalam erti hidup manusiawi,
Islamkah aku selaras dengan kehendakMu?

Ya Allah, bantulah aku mencari diri,
Membentuk peribadi menjadi muslimah sejati.