Thursday 3 November 2011

Make Up Hati

Assalamualaikum....

Memandang blog yang masih muda belia dan kosong dari posting...saya tidak mampu menulis sebaik dahulu dan tidak mempunyai ruang waktu yang cukup untuk menulis setiap hati..kekeringan idea kot..hehe..

Sekarang sudah lain..dulu berdua sekarang bertiga..dahulu tak banyak kekangan sekarang bermacam-macam yang datang menghalang..alah, bukan satu keperluan yang mendesak pun untuk menulis blog..sekadar mengisi masa lapang dan berkongsi rasa hati yang sepi...berpijak di bumi nyata bukan lagi berterbangan di atas angkasa..

Saya ingin berkongsi serba sedikit perjalanan hidup saya yang tidak seberapa ini...perjalanan hidup yang ditempuh dan bagaimana saya boleh berubah sehingga sedemikian rupa...macamana saya menyesuaikan diri dengan berpakaian seperti sekarang di kala orang lain masih terbuka sana sini..dahulu apabila memandang orang yang berjubah dan berpurdah, terdetik dalam hati saya, "haih, apa la pakai tutup semua, gelap, hitam macam hantu bungkus, tak panas ke?"...saya pandang dari kepala ke kaki dan menyoroti setiap inci pakaiannya..sekarang baru saya tahu bahawa alah bisa tegal biasa...kalau dah biasa, semua tidak menjadi masalah..alasan hanya dari kita..lebih baik panas dunia dari di didih dalam buakan neraka..nauzubillah..

With my very best friend, Nik Mahabbah Nik Din

Antara perkara yang membuatkan saya pelik di zaman kejahilan saya ialah apabila melihat orang sembahyang di tempat terbuka.."apa ni sembahyang kat tempat macam ni, sembahyang kat masjid la, bukan susah pun"...apabila kaki menjejak ke Mesir, baru saya tahu yang sembahyang bukan sahaja boleh dilakukan di masjid atau tempat tertutup semata-mata...terlihat di kala azan berkumandang, orang arab berbondong-bondong untuk ke masjid bagi yang dekat dengan masjid, malah ada yang solat di taman, di jalan tetapi yang amat saya kagum adalah mereka berjemaah bersama-sama...Allahuakbar!!! Kita tidak mampu membuat sedemikian..bukan nak kata orang lain, saya sendiri juga begitu. Kalau berhenti di masjid-masjid, saya solat sendirian, suami pula sendirian (kadang-kadang je, selalunya suami akan berjemaah bersama-sama orang lain yang berhenti solat di masjid tersebut)...seharusnya kami berjemaah...tak gitu?? Sudah satu pahala tiada...

Pertama kali berada dalam lingkungan masyarakat bandar yang moden dan berubah seiring fesyen semasa menyebabkan saya dipandang, sama seperti saya memandang mereka yang berjilbab dulu. Ada yang memandang seakan menerkam dengan biji mata terjengil..menjadi seorang muslimah dalam kalangan mereka seperti itu amat pelik dan perit..diejek dan dimaki...saya pernah dipanggil 'GHOST RIDER' sewaktu ke Giant bersama sahabat untuk membeli barang..saya juga pernah dimaki oleh seorang pakcik kerana anaknya menangis ketika saya melalui kawasan tersebut (anak dia menangis sebab nak mainan tetapi dia tak bagi, bukan sebab takutkan saya!!!)...lepas pakcik tu maki saya, isterinya datang dan menarik tangan dia mengatakan yang anak dia menangis sebab nak mainan, bukan salah saya...apa lagi, merah padam muka pakcik tu..malu kot tapi dia tak minta maaf dengan saya pun (ego lelaki kan tinggi)..

Tapi, itu dulu dan kisah silam itu menjadi pengalaman yang saya semat dalam diari kehidupan saya. Seiring dengan waktu yang semakin menginjak, hidayah tak bosan untuk menjadi teman saya..Terima kasih Ya Allah kerana hidayahMu itu...sekarang saya tidak malu lagi dengan identiti saya sebagai muslimah di tengah-tengah masyarakat..saya ingin menjadi muslimah solehah...bukan tholehah...Pandangan orang jika dari hujung mata sekalipun tidak menakutkan saya malah membuat saya bangga dengan identiti saya...saya rasa mereka akan kagum dengan identiti muslimah, bukan saya seorang malah semua yang berjilbab kerana di dalam kepanasan dunia masih ada yang mendahulukan yang wajib..membuktikan apa?membuktikan yang kami mencintai Allah lebih daripada mencintai dunia..insyaAllah..

Pada waktu mula-mula mengenakan niqab di wajah, orang memanggil saya NINJA GIRL...dek penangan cerita ayat-ayat cinta pulak, saya jadi terkenal di MSU bila orang nampak dan menjerit-jerit "Aisya"..padahal tu bukan nama saya pun...hehe..perlu diketahui apabila kita berpakaian dengan mengikut syariat Islam, kita akan malu untuk berbuat macam-macam, sekaligus akan membuat kita terjaga dari segala macam hal..Allah itu Maha Melindungi hambaNya yang mengikut landasan yang benar..benarlah..andai kita mengejar dunia, kita akan dapat dunia dan tercicir akhirat tetapi JIKA kita mengejar akhirat maka dunia pun kita akan dapat..manisnya hidup mengikut acuan Islam......

Lumrah hidup...ada dugaan dan cabaran yang menjelma..apabila kita berubah, ada yang menyokong dan ada yang mencebik bibir.."berapa lama sangat nak tahan dengan perubahan dia tu", "tak ada kawanlah lepas ni"...tapi semua tu meleset sama sekali dan mereka salute dengan saya sekarang sebab masih mampu bertahan dengan pakaian ini di waktu dunia sedang dilanda wabak fesyen barat...dengan leggingnya, rambut merahnya dan macam-macam lagi..adik ipar siap cakap macam ni "Kak Sha ni macam penjahat"..hehe..al maklumlah budak-budak ni jujur...lama-kelamaan benda ni sebati dengan saya..budak-budak kecik sekarang dah tak takut..biasalah, baru pandai cakap dah ada facebook..ada juga yang dah ada facebook seiring dengan kelahirannya..[kot-kot la password dan email keluar sekali masa mak dia bersalin.. =] )

Pakaian ini pakaian mujahidah Islam, bukan para penjahat..niqab itu tidak wajib, sesiapa yang mahu boleh memakainya..jubah juga tidak wajib..tudung labuh juga tidak wajib..jadi, apa yang wajibnya?? MENUTUP AURAT itu wajib..pakai tudung melebihi dada..baju jangan ketat, seluar jangan macam sarung nangka..TUTUP AURAT JANGAN BALUT AURAT..kalau nak balut aurat, sekarang ni dah balut dik...

Saya tidak perlu mempedulikan kata-kata orang yang hanya akan melemahkan semangat saya..saya menanam benih untuk hasilnya, bukan untuk melihat benih itu dimakan semut tanpa sempat bercambah..suami saya selalu berkata "Usah peduli kata-kata orang sebab mulut orang tidak mampu ditutup dan mereka akan berhenti sendiri bila sudah penat nanti..carilah redha Allah kerana nilaian itu lebih bermakna..tidak mengapa sayang, sabarlah"..Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah kerana memberiku seorang suami yang amat memahami..
Memasak sewaktu di Gunung Berembun, Cameron Highlands

Pot Luck Medical Science Club

Kem Kepimpinan Wanita Peringkat Kebangsaan di Port Dickson
(Jadi AJK Agama dan terpaksa kejut datin datin untuk solat subuh..siap kena marah lagi)
Kalau nak kata kalau pakai pakaian macam saya ni tak boleh nak beriadah, anda salah!! Saya mampu mendaki gunung dengan berniqab..saya mampu join event dengan berniqab..di mana alasannya?? Sekali lagi saya bukan nak suruh adik-adik pakai niqab nampak mata, saya cuma minta tutup aurat..Kita tak tahu bila Malaikat Maut nak mencabut nyawa kita, kita tak nak mati dalam su'u khatimah..nak husnul khatimah...kalau nak cara yang baik, berwatakan baiklah..yang menilai kita bukan orang dik, tak payah fikir kalau orang nak kata tak up to date, old fashioned la..kenapa?kalau ikut perkembangan fesyen tu dapat masuk syurga lah ye?Soalan tu ke yang Allah nak tanya? DIA tak akan tanya...apakah jenama terbaru bla bla bla...apakah jenis pakaian yang memenangi bla bla bla....tak ada..amalan dan pahala kita yang akan membantu kita...

Jangan kita takut berbeza dengan orang lain kerana berbeza mengikut garis panduan Islam adalah istimewa..yang diagungkan pakaian dari barat tu tak menjamin akhirat kita..kita memakai pakaian yang boleh menambah kantung pahala kita, bukan untuk menambah poket kita dengan dosa..Allah suka orang yang beribadah tetapi terlebih suka kepada orang muda yang beribadah...

footnote: macam lah saya ni baik sangat nak nasihat orang..hehe
lagi satu..jangan menjadi solehah sebab nak pikat lelaki soleh..niat kena jaga..kalau tak, sekejap je perubahan kita tu...

1 comment:

  1. inshaALLAH..smg apa y dperkatakan tu benar2 mendatangkan hasil krn ALLAH..ameen

    inshaALLAH sme2 dpt jdi lebih baik ..dan perbaiki diri..dan seiring dlm dakwah..

    ReplyDelete