Saturday 22 October 2011

Perubahan

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama menyepi dari berblog, akhirnya jari-jemari ini semakin dahagakan papan kekunci..saban hari melirik papan kekunci laptop membuatkan 'gian' untuk menulis kembali bertandang walaupun diri ini tahu bahawa bahasa yang bakal dicoretkan tidaklah seindah mana dan bait-baitnya juga berterabur. Dahulu saya mempunyai sebuah blog namun sudah di'delete' terus kerana banyak perkara dalam blog tu membuatkan saya lemah dan kecewa..Saya insan biasa yang tidak mempunyai ilmu yang banyak namun saya ingin belajar supaya saya bisa mengerti aturan hidup ini yang sejak azali lagi ditetapkan oleh Allah.


Hati begitu senang terbuai dengan sesuatu yang bergelar fana dunia dan saya juga begitu. Seketika saya pernah hanyut dibuai dunia yang menjanjikan kemanisan dan saya pernah lupa siapa saya yang telah diciptakan oleh Allah. Saya alpa dengan tugas yang dititipkan oleh Allah kepada saya. Saya lalai sebagai umat Rasulullah. Namun Allah itu Maha Penyayang. Dia telah menghantar hidayah dan masuk jauh ke dalam hati saya. Alhamdulillah selepas itu, saya dikurniakan seorang suami yang soleh untuk membimbing saya dari tergelincir buat kali kedua kedalam kancah dunia fantasi di alam realiti.

Memang benar saya hanya berkahwin dengan seorang azhari, azhari yang ingin membantu saya untuk mengenal makna hidup berTuhan. Sesetengah orang mengutuk saya di FB melalui private mesej mengatakan saya berkahwin hanya dengan azhari, tetapi diuar-uar seakan berkahwin dengan perdana menteri. Betulkah begitu yang saya lakukan? Jika berkahwin dengan perdana menteri sekalipun, adakah anda yakin dia mampu memacu anda ke arah kebaikan dan mendalami agama islam? Apakah salah seorang azhari menjadi pasangan hidup seorang yang jahil seperti saya?

Baru kini saya tahu makna menjadi dan mendalami Islam walaupun masih merangkak. Baru kini saya mengerti kepentingan menjadi hambaNya yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Baru kini saya memahami erti hidup yang sebenar.

Islam ialah agama yang sangat ekslusif,
Yang mengubah cara dunia memandangku,
Yang mengubah persepsi hidupku.

Islam media massa ku,
Gaya komunikasi islami masa kini,
Tempat ku mencari ketenangan,
Perigi untuk ku timba pengetahuan.

Islam organisasiku
Islam yayasanku
Islam institusiku

Islam muktamarku,
Forum hiruk pikuk tiada tara,
Islam warungku,
Hanya menjual makanan syurgawi,
Islam supermarketku,
Melayani segala keperluan manusiawi,
Islam teaterku
Menampilkan karakter-karakter suci,
Islam festivalku,
Memeriahkan hari-hari mati.

Islam pakaianku,
Namun ku masih mencari diri,
Dalam erti hidup manusiawi,
Islamkah aku selaras dengan kehendakMu?

Ya Allah, bantulah aku mencari diri,
Membentuk peribadi menjadi muslimah sejati.

1 comment:

  1. Assalamualaikum.. Alhamdulillah bt enti krn perubahan yg enti lakukan..n sama2 doakan utk ummat Islam yg lain yg msih blum ckup mndapat hidayah dari-Nya..(trmasuk ana). kita husnuzhon pd mereka yg mencela dan sesekali jgn cpat melatah.. ini ujian rohani utk kita smua.. Allah menguji kita sbb Dia tahu kita mampu utk merentasi ujian tu.. Ana juga msih trlalu kerdil dlm memartabatkn ISLAM dlm diri ana apth lg utk ummah..jadi skang..kita cuba muhasabah diri kmbali.. muhasabah dan trus muhasabah... jgn pernah lelah dlm menilai diri.. check balik hubungan kita dengan Allah, hubungan kita sesama manusia jua sesama makhluk.. jgn biar ada sikit pun kepincangan.. rendahkan ego kita untuk berada tinggi di sisi Allah kelak..itulah kunci hikmah yg paling penting kita jaga dlm mnyebarkn dakwah islamiyyah...InsyaAllah.. Allah bersama dgn org2 yang sabar..

    ReplyDelete