Friday, 4 November 2011

Alasan nak tayang aurat

Assalamualaikum...

Kali ini rencahnya lain sikit dari rencah biasa..sebab ambil point dari orang, ulasan je sendirian berhad..Enjoy reading girls....

Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka..secara saintifiknya la..nak tegaskan..TUTUP AURAT bukan BALUT AURAT..kalau balut sama je dengan yang tak tutup..bezanya ada pakai pakaian je...tapi sendat..

Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." Memang tak dinafikan ada yang baik dan ada yang kurang baik..ada juga yang menggunakan medium tudung labuh untuk menipu...bukan setakat mengumpat, macam-macam dik..sebagai contoh, dlu pernah didedahkan dalam akhbar, bertudung litup dengan purdah sekali tetapi malam jadi pelacur...yang penting niat pakai tudung tu...hati biar Allah yang adili.

Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun anda sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang saya insaf dan bertaubat sekarang..macam akak jugak, dulu akak jahil tapi sekarang akak dah berubah dik, sebab tu akak cerita macam-macam sebab nak gitau yang semua orang boleh berubah...

Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri anda tanpa perlu menutup aurat? Dah cukup pahala ye?

Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak? Walaupun tak nak tengok tapi kadang-kadang terpandang juga, cemana? Rezeki tu...hehehehe

Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, anda tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut anda. Sebab pe? Sebab rambut tu aurat dan wajib ditutup. Azabnya pedih di dalam neraka walau hanya menayang sehelai rambut..Tak tahan dik....

Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

-Apakah ibadat anda diterima? Anda yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin anda masuk syurga? Ibadah tu memang dapat pahala tapi buka aurat dapat dosa..pahala+dosa=neutral malah kadang-kadang boleh jadi minus.....

  Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Anda sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda. Selangkah mereka ke neraka bila anda tak menutup aurat

Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

-Berani cakap di dunia, berani ke anda cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. Nak tunggu semuka dengan Allah, berapa lama nak kena azab dalam kubur? Tahan ke??

Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah? Besar sangatke upah bayaran yang anda dapat tu sampai boleh beli pahala untuk cover dosa tak bertudung dalam drama?? Berapa juta mata yang memandang?? Siapa yang Maha Besar? Allah atau pengarah?

Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti. Nak tunggu seru bila agaknya ye? Kalau sampai mati tak sampai-sampai seru tu macamana?

Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. Teruskan perubahan anda bila da ada niat nak berubah dan jangan main acuh tak acuh. Kenapa? Sebab kalau main-main niat boleh berubah dan lagi satu, jangan ambil kisah orang nak kata tentang perubahan kita..

Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam. 


Bertudung tapi buat maksiat

Ayu dan manisnya melihat gadis bertudung. Tapi sayang. Tak semua yang bertudung itu berperangai indah. Boleh lihat di sekeliling kita. Bertudung, tapi pakai baju lengan pendek, seluar ketat nampak alur. Pakai selendang berlilit-lilit menampakkan dada terbonjol. Mekap tebal bedak sekilo, gincu merah menyala. Kening dicukur, bulu mata palsu lentik mengalahkan unta. Pakai tudung, menyanyi melalak terkinja-kinja atas pentas. Bertepuk tampar dengan lelaki dah jadi rutin.

Pakai tudung merempit dengan pakwe, peluk rapat-rapat macam bohsia. Berjalan berpimpin tangan dengan teman lelaki mengalahkan suami isteri. Berpeluk cium, melentok manja ke bahu pasangan di taman tanpa rasa bersalah. Rakaman aksi-aksi ghairah awek bertudung pun bercambah di internet. Apa cerita semua ni?



Ada sebahagian wanita yang bertudung hanya untuk melindungi dirinya daripada disangka buruk abila bersama dengan lelaki. Tudung dijadikan penutup wajah lelaki yang bersembunyi di sebalik tudungnya. Membenarkan jantan memuaskan nafsu serakahnya serta melindungi dua tangan yang sedang meramas gunung kinabalunya. Bertudung, hanya sekadar untuk menutup lovebite. Hingga ada yang menjadikan tudung labuh sebagai pakaian untuk mengaburkan mata manusia daripada mengetahui perutnya sedang memboyot menghamilkan anak luar nikah.

Wanita bertudung seperti inilah yang mencemarkan nama baik wanita yang ikhlas bertudung kerana Allah. Cukuplah! Jangan cemarkan nama baik Islam dengan maksiat di sebalik tudung anda itu. Jangan biarkan mereka-mereka yang 'free hair' itu terus menjadikan alasan "bertudung tapi jahat" untuk menghalalkan pendirian mereka kononnya mereka lebih beriman walau tidak menutup aurat. Beriman? Huh!

Sebaik-baiknya, jangan suruh rakan anda bertudung. Tetapi, suruhla mereka menutup aurat. Sebab, bertudung belum tentu menutup aurat. Perangai juga biarlah seiring dengan penampilan. Sebab berpurdah belum tentu solehah. =)


credit to solihin

Thursday, 3 November 2011

Make Up Hati

Assalamualaikum....

Memandang blog yang masih muda belia dan kosong dari posting...saya tidak mampu menulis sebaik dahulu dan tidak mempunyai ruang waktu yang cukup untuk menulis setiap hati..kekeringan idea kot..hehe..

Sekarang sudah lain..dulu berdua sekarang bertiga..dahulu tak banyak kekangan sekarang bermacam-macam yang datang menghalang..alah, bukan satu keperluan yang mendesak pun untuk menulis blog..sekadar mengisi masa lapang dan berkongsi rasa hati yang sepi...berpijak di bumi nyata bukan lagi berterbangan di atas angkasa..

Saya ingin berkongsi serba sedikit perjalanan hidup saya yang tidak seberapa ini...perjalanan hidup yang ditempuh dan bagaimana saya boleh berubah sehingga sedemikian rupa...macamana saya menyesuaikan diri dengan berpakaian seperti sekarang di kala orang lain masih terbuka sana sini..dahulu apabila memandang orang yang berjubah dan berpurdah, terdetik dalam hati saya, "haih, apa la pakai tutup semua, gelap, hitam macam hantu bungkus, tak panas ke?"...saya pandang dari kepala ke kaki dan menyoroti setiap inci pakaiannya..sekarang baru saya tahu bahawa alah bisa tegal biasa...kalau dah biasa, semua tidak menjadi masalah..alasan hanya dari kita..lebih baik panas dunia dari di didih dalam buakan neraka..nauzubillah..

With my very best friend, Nik Mahabbah Nik Din

Antara perkara yang membuatkan saya pelik di zaman kejahilan saya ialah apabila melihat orang sembahyang di tempat terbuka.."apa ni sembahyang kat tempat macam ni, sembahyang kat masjid la, bukan susah pun"...apabila kaki menjejak ke Mesir, baru saya tahu yang sembahyang bukan sahaja boleh dilakukan di masjid atau tempat tertutup semata-mata...terlihat di kala azan berkumandang, orang arab berbondong-bondong untuk ke masjid bagi yang dekat dengan masjid, malah ada yang solat di taman, di jalan tetapi yang amat saya kagum adalah mereka berjemaah bersama-sama...Allahuakbar!!! Kita tidak mampu membuat sedemikian..bukan nak kata orang lain, saya sendiri juga begitu. Kalau berhenti di masjid-masjid, saya solat sendirian, suami pula sendirian (kadang-kadang je, selalunya suami akan berjemaah bersama-sama orang lain yang berhenti solat di masjid tersebut)...seharusnya kami berjemaah...tak gitu?? Sudah satu pahala tiada...

Pertama kali berada dalam lingkungan masyarakat bandar yang moden dan berubah seiring fesyen semasa menyebabkan saya dipandang, sama seperti saya memandang mereka yang berjilbab dulu. Ada yang memandang seakan menerkam dengan biji mata terjengil..menjadi seorang muslimah dalam kalangan mereka seperti itu amat pelik dan perit..diejek dan dimaki...saya pernah dipanggil 'GHOST RIDER' sewaktu ke Giant bersama sahabat untuk membeli barang..saya juga pernah dimaki oleh seorang pakcik kerana anaknya menangis ketika saya melalui kawasan tersebut (anak dia menangis sebab nak mainan tetapi dia tak bagi, bukan sebab takutkan saya!!!)...lepas pakcik tu maki saya, isterinya datang dan menarik tangan dia mengatakan yang anak dia menangis sebab nak mainan, bukan salah saya...apa lagi, merah padam muka pakcik tu..malu kot tapi dia tak minta maaf dengan saya pun (ego lelaki kan tinggi)..

Tapi, itu dulu dan kisah silam itu menjadi pengalaman yang saya semat dalam diari kehidupan saya. Seiring dengan waktu yang semakin menginjak, hidayah tak bosan untuk menjadi teman saya..Terima kasih Ya Allah kerana hidayahMu itu...sekarang saya tidak malu lagi dengan identiti saya sebagai muslimah di tengah-tengah masyarakat..saya ingin menjadi muslimah solehah...bukan tholehah...Pandangan orang jika dari hujung mata sekalipun tidak menakutkan saya malah membuat saya bangga dengan identiti saya...saya rasa mereka akan kagum dengan identiti muslimah, bukan saya seorang malah semua yang berjilbab kerana di dalam kepanasan dunia masih ada yang mendahulukan yang wajib..membuktikan apa?membuktikan yang kami mencintai Allah lebih daripada mencintai dunia..insyaAllah..

Pada waktu mula-mula mengenakan niqab di wajah, orang memanggil saya NINJA GIRL...dek penangan cerita ayat-ayat cinta pulak, saya jadi terkenal di MSU bila orang nampak dan menjerit-jerit "Aisya"..padahal tu bukan nama saya pun...hehe..perlu diketahui apabila kita berpakaian dengan mengikut syariat Islam, kita akan malu untuk berbuat macam-macam, sekaligus akan membuat kita terjaga dari segala macam hal..Allah itu Maha Melindungi hambaNya yang mengikut landasan yang benar..benarlah..andai kita mengejar dunia, kita akan dapat dunia dan tercicir akhirat tetapi JIKA kita mengejar akhirat maka dunia pun kita akan dapat..manisnya hidup mengikut acuan Islam......

Lumrah hidup...ada dugaan dan cabaran yang menjelma..apabila kita berubah, ada yang menyokong dan ada yang mencebik bibir.."berapa lama sangat nak tahan dengan perubahan dia tu", "tak ada kawanlah lepas ni"...tapi semua tu meleset sama sekali dan mereka salute dengan saya sekarang sebab masih mampu bertahan dengan pakaian ini di waktu dunia sedang dilanda wabak fesyen barat...dengan leggingnya, rambut merahnya dan macam-macam lagi..adik ipar siap cakap macam ni "Kak Sha ni macam penjahat"..hehe..al maklumlah budak-budak ni jujur...lama-kelamaan benda ni sebati dengan saya..budak-budak kecik sekarang dah tak takut..biasalah, baru pandai cakap dah ada facebook..ada juga yang dah ada facebook seiring dengan kelahirannya..[kot-kot la password dan email keluar sekali masa mak dia bersalin.. =] )

Pakaian ini pakaian mujahidah Islam, bukan para penjahat..niqab itu tidak wajib, sesiapa yang mahu boleh memakainya..jubah juga tidak wajib..tudung labuh juga tidak wajib..jadi, apa yang wajibnya?? MENUTUP AURAT itu wajib..pakai tudung melebihi dada..baju jangan ketat, seluar jangan macam sarung nangka..TUTUP AURAT JANGAN BALUT AURAT..kalau nak balut aurat, sekarang ni dah balut dik...

Saya tidak perlu mempedulikan kata-kata orang yang hanya akan melemahkan semangat saya..saya menanam benih untuk hasilnya, bukan untuk melihat benih itu dimakan semut tanpa sempat bercambah..suami saya selalu berkata "Usah peduli kata-kata orang sebab mulut orang tidak mampu ditutup dan mereka akan berhenti sendiri bila sudah penat nanti..carilah redha Allah kerana nilaian itu lebih bermakna..tidak mengapa sayang, sabarlah"..Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah kerana memberiku seorang suami yang amat memahami..
Memasak sewaktu di Gunung Berembun, Cameron Highlands

Pot Luck Medical Science Club

Kem Kepimpinan Wanita Peringkat Kebangsaan di Port Dickson
(Jadi AJK Agama dan terpaksa kejut datin datin untuk solat subuh..siap kena marah lagi)
Kalau nak kata kalau pakai pakaian macam saya ni tak boleh nak beriadah, anda salah!! Saya mampu mendaki gunung dengan berniqab..saya mampu join event dengan berniqab..di mana alasannya?? Sekali lagi saya bukan nak suruh adik-adik pakai niqab nampak mata, saya cuma minta tutup aurat..Kita tak tahu bila Malaikat Maut nak mencabut nyawa kita, kita tak nak mati dalam su'u khatimah..nak husnul khatimah...kalau nak cara yang baik, berwatakan baiklah..yang menilai kita bukan orang dik, tak payah fikir kalau orang nak kata tak up to date, old fashioned la..kenapa?kalau ikut perkembangan fesyen tu dapat masuk syurga lah ye?Soalan tu ke yang Allah nak tanya? DIA tak akan tanya...apakah jenama terbaru bla bla bla...apakah jenis pakaian yang memenangi bla bla bla....tak ada..amalan dan pahala kita yang akan membantu kita...

Jangan kita takut berbeza dengan orang lain kerana berbeza mengikut garis panduan Islam adalah istimewa..yang diagungkan pakaian dari barat tu tak menjamin akhirat kita..kita memakai pakaian yang boleh menambah kantung pahala kita, bukan untuk menambah poket kita dengan dosa..Allah suka orang yang beribadah tetapi terlebih suka kepada orang muda yang beribadah...

footnote: macam lah saya ni baik sangat nak nasihat orang..hehe
lagi satu..jangan menjadi solehah sebab nak pikat lelaki soleh..niat kena jaga..kalau tak, sekejap je perubahan kita tu...

Wednesday, 2 November 2011

Corat Coret Kisah Cinta

Assalamualaikum..

Kalam hikmat pembuka bicara, untuk meneruskan tarian tinta, bukan pen bermata bola, hanya menarikan jejari maya, di kanvas yang setia, menanti coretan saya..............saja-saja bermain kata sebelum terus melantun cerita..hehe...

Setiap hari memerhatikan facebook yang penuh dengan pelbagai cerita dan ragam manusia membuatkan saya seakan-akan ketagih untuk mencoret sesuatu..bukannya layak saya untuk mengupas sesuatu isu tetapi sekadar berkongsi kerana saya juga dari zaman kejahilan dan dek hidayah yang dilemparkan Allah ke dalam hati menyebabkan saya berubah..Alhamdulillah..

Status yang menjadi kegemaran sahabat sahabiah saya yang telah menjadi friends atau belum adalah tentang cinta. Seronok dan amat luas untuk membicarakan skop cinta. Hubungan yang dibina antara lelaki dan perempuan umpama magnet yang bakal mengheret pasangan ke lembah maksiat. Itulah hakikat utama cinta antara berbeza jantina jika tidak berlandaskan hukum Allah..isu ini sudah banyak dibincangkan di blog-blog dan di mana sahaja.

{MODE MARAH NI} >>> Sama la bila dah bertukar status dari kawan jadi couple. Semua nak ikut cakap couple. Dia tu belum halal lagi dik oi...dah macam suami isteri lagaknya...dalam facebook tu, apa posing yang tak ada..dengar sangatlah cakap couple korang tu sampai abaikan pesanan mak ayah..mak ayah nak bagi pahala tak nak, nak juga kaut dosa dan kumpul sampai membukit dari couple korang tu..tu bukan sayang tetapi beban. In a relationship la konon...tak malu betul la korang announce maksiat yang korang buat tu..mana akhlak yang mak ayah ajar wahai adik-adik??


"Ala, akak pun dulu sama jugak"...sebab akak dah lalui benda macam ni la akak nak nasihat korang dik..jangan tersesat jalan macam yang akak pernah lalui...berubahlah sebab setiap saat adalah peluang untuk kita berubah..